2) Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.
3) hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.
4) Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.
"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya," kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
5) Pengerusi GMI menyeru supaya para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.
Tiga lokasi itu (kekal seperti asal) :
SOGO
MASJID JAMEK
MASJID NEGARA
6) Diingatkan para peserta supaya mengenakan PAKAIAN BERTEMAKAN MERAH HITAM (bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.).
7) Komen Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (Komander Himpunan Mansuhkan ISA)
- Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau
- Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.
- Pihak GMI mengalu-alukan badan bukan kerajaan (Pewaris) untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.
8) Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik.
No comments:
Post a Comment