Sunday, July 26, 2009

Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan sertai Himpunan Mansuhkan ISA termasuk Anwar Ibrahim & Tok Guru Nik Aziz


1) Bantahan terhadap akta zalim ISA akan dizahirkan secara jelas apabila ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat sepakat menyatakan sokongan untuk menyertai Perhimpunan Mansuh bagi menentang undang-undang 'rimba' itu, 1 Ogos nie.

2) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan mengenai persetujuan serta sokongan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut dalam sidang media yang diadakan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, 17 Julai lalu.

3) Jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, semua pimpinan Pakatan Rakyat akan turun dalam perhimpunan tersebut bagi menyatakan sikap serta mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman ISA termasuk kes-kes kematian dalam tahanan.

4) Turut serta dalam Himpunan Mansuhkan ISA ialah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Hussin Ali serta pimpinan kanan ketiga-tiga parti juga turut hadir dalam sidang media tersebut.


5) Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.


6) Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan "deklarasi rakyat" pada tarikh tersebut.


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online