Sebuah pertubuhan yang digelar Pewaris telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA.
Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan ‘Yes To ISA’. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimah ‘Allahu Akbar’ dilaungkan.
Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu.
Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan ‘Water Canon’ jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu.
Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja. Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan bersuara lantang menyebut nama ‘Allah’ diselang selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA.
Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut beserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf daripada Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini.
Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.
No comments:
Post a Comment