Thursday, July 16, 2009

Niat jahat Utusan dalam mengulas kes kematian S/U Politik Exco Selangor


1) Dilihat dari Utusan yg bertarikh hari ini (17 Julai), tajuk kes ini dipaparkan dengan tanda tanya yg begitu mencurigakan sehingga boleh menimbulkan persoalan di benak fikiran pembaca.

2) Sehingga ada yang menganggap beliau sengaja melompat dengan tujuan membunuh diri. Ini adalah suatu tanggapan yg sangat negatif, ygmana tanggapan ini wujud apabila persoalan yg ditimbulkan oleh pihak Utusan.

3) Bagaimana beliau boleh tergaman untuk membunuh diri...??? Padahal beliau akan mendaftarkan perkahwinan beliau pada esok hari. Tidak logik seorang yang akan berkahwin esok hari akan bunuh diri sedangkan perkahwinan itu dirancang oleh beliau sendiri.

4) Pihak Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menubuhkan SURUHANJAYA BEBAS untuk menyiasat punca kematian beliau.

5) Tragedi ini merupakan kejadian yg mengejutkan semua pihak... punca kejadian, bagaimana boleh berlaku di pejabat SPRM...

6) Semoga roh beliau berada dalam keadaan yang tenang dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online