Friday, July 17, 2009

SPRM bertanggungjawab terhadap kematian misteri Teo Beng Hock


1) Kes kematian misteri Teo telah menjadi topik perbualan rakyat semenjak semalam lagi. Kejadian ini berlaku selepas beliau telah di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

2) PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

3) Banyak aduan telah dibuat terhadap tindakan kekerasan pihak SPRM semasa menjalankan soal siasat... Contohnya pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.

4) Imej SPRM telah lama tercalar, cuma kebanyakan kes telah berjaya di"bisu"kan oleh media kerajaan. Perbuatan tidak bermoral ini telah diamalkan semenjak awal lagi, bukannya baru bermula tahun lepas @ 2 tahun lepas.

5) Diharap pihak SPRM dapat memberikan kerjasama penuh dengan keikhlasan dalam menyelesaikan kes ini, disamping itu dapat memulihkan imej SPRM.

6) Tiada ertinya setakat tukar nama kepada suruhanjaya pencegahan jika kelakuannya masih sama sepertimana dinamakan as badan pencegah rasuah...

7) Peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM pada hari tersebut berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan. Ditambah pula, sepatutnya beliau mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Jadi, dengan jelas tiada unsur membunuh diri.

8) Jika kes ini tidak diselesaikan dengan telus & jujur, rakyat akan menjadi takut untuk berurusan dengan pihak SPRM dan kemungkinan menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan kerajaan.

7) Pihak Pemuda PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang & tunang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau.


Majlis Peguam & 16 NGO mendesak suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat kes kematian Teo Beng Hock

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online