Saturday, July 18, 2009

Kempen Pemansuhan ISA dipersetujui oleh Gerakan & Pak Lah sendri


1) Kenyataan Pak Lah ; "Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini. Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan."....






2) Kenyataan ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong ;
"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," .....

3) Keputusan Gerakan telah dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan. Beliau juga berkata beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.


Rakyat Malaysia mahukan keamanan & keadilan kepada semua pihak.

4) Jika pihak kerajaan merasakan individu itu mengancam masyarakat, maka individu MESTI dibawa ke muka pengadilan. Bukannya menahan individu atas dasar tertuduh tanpa sebarang perbicaraan.

5) Setiap tertuduh berhak membela diri di mahkamah... Jika benar-benar bersalah, maka hakim akan menjatuhkan hukuman yg setimpal.

6) Kewujudan ISA adalah salah satu bentuk kezaliman yg dilakukan oleh kerajaan BN selama berpuluh-puluh tahun... dengan kawalan maklumat mengenai tangkapan.... dengan kawalan media menyampaikan kpd masyarakat... Maka, tangkapan ISA semakin berleluasa.

2 comments:

  1. ISA tak perlu. Mansuhkan ISA dan tak perlu ada lain lain undang undang kerana negara mempunyai undang undang bagi mereka yang melakukan kesalahan. ISA zalim dan apakah Pak Lah rela sekiranya Najib mengarahkan polis menahan KJ di bawah ISA?
    Hapuskan sahaja ISA yang zalim dan sering di salah gunakan oleh mereka yang gemar menyalah gunakan kuasa.

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online