Sunday, August 16, 2009

5 Amanat Pimpinan PAS


1) PAS dijangka akan terus menggunakan prinsip 5 amanat pimpinan PAS kepada ahli PAS untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.


"Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,"kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

2) 5 prinsip itu ialah:

a) Beriman dan bertaqwa kepada Allah

b) Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim

c) Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti

d) Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat

e) Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.


3) Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya.


4) Pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir (Parlimen Permatang Pauh), Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.


5) DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).

6) Manakala, pada hari rabu yang lepas, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Nizar Jamaludin telah memulakan kempen PRK Dun Permatang Pasir di Masjid Batu berhampiran pekan Permatang Pauh. Beliau selaku MB Perak Pakatan Rakyat mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya.


7) Bagi semua petugas Pakatan Rakyat, diingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu.

8) Semua pihak berkeyakinan bahawa masyarakat di Permatang Pasir tidak akan terpesona dengan wang yang dilayang didepan mata. Orang di Permatang Pasir bijak pandai sudah tahu menilai apa yang dilakukan oleh UMNO/BN (kempen rasuah BN yang keterlaluan).



Calon PAS (DUN Permatang Pasir) - Mohd Salleh Man

Sila lawati laman web rasmi PRK DUN Permarang Pasir,


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online