Monday, August 17, 2009

Rekod penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pihak Umno


1) Baru-baru ini, media Umno telah banyak memperkatakan sifat Tuan Guru Nik Aziz mengenai tindakan DAP selaku rakan Pakatan Rakyat, kononnya Tuan Guru Nik Aziz membiarkan DAP menghina Islam. Maka, inilah jawapan ringkas dari Tuan Guru Nik Aziz, “DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam”. Dan tambah beliau lagi, ianya mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.


2) Walaupun Tuan Guru Nik Aziz tidak menjelaskan siapa orang Islam yg dimaksudkan, nescaya seluruh masyarakat tahu siapakah golongan tu. Yang menyedihkan, golongan itu telah diwujudkan sejak berpuluh-puluh tahun dengan dasar perjuangan yang kurang jelas iaitu dasar perjuangan kebangsaan tanpa diselitkan dasar perjuangan Islam.Dengan perilaku begini, sudah tentu maruah Islam mudah tercalar, terutamanya bagi orang bukan Islam.


3) Kes-kes yg melibatkan maruah Islam sering dinodai oleh pihak Umno. Kebanyakan kes melibatkan percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Contohnya :



a. isu rumah terbuka kongsi raya.

- Salah satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

- resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

- Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

- Respon dari pimpinan Umno (Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan)… menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai pemikiran sempit… “Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu” kata beliau…Dan juga beliau menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.



b. isu konsert hiburan keterlaluan

- Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

- Sbbnya ialah ianya menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

- Buktinya pada Berita Harian, 3 Ogos 2004, "Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani.

- Respon dari pimpinan Umno (Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku Menteri Penerangan)… “Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja”… Malah, meminta semua pihak yg mengharamkan Sure Heboh perlu mengkaji semula keputusan tersebut…



c. konsep Islam Hadhari yang mengelirukan

- Diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih teraju Negara pada Oktober 2003.

- Ulasan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, "Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?," (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

- Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.



d. wanita dibolehkan melacur jika terdesak

- idea ini telah lahir dari Dato' Dr Mashitah Ibrahim selaku tokoh agama wanita dalam Umno dan menjawat jawatan dalam jabatan agama Islam.

- Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.



e. Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan

- Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

- Sebahagian daripada garis panduan hiburan itu ialah melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

- Akhirnya, kes ini ditangguhkan (erti kata lain ditolak) oleh pihak kerajaan. Setelah 4 tahun kes ini berlalu, masih tiada sebarang maklumat terbaru mengenainya.



f. UMNO TOLAK HUKUM ISLAM

- bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung… adakah hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?



g. Keputusan Kabinet pada April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam

- Respon dari Mufti & Agamawan… ditempelak… ianya membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.



4) Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online