Monday, August 3, 2009

Bila berakhirnya virus H1N1…???


1. Sehingga ke saat ini, sebanyak 8 org yg telah terkorban disebabkan virus H1N1 (hanya di Malaysia).

2. Jika melihat dari statistik global, kematian menjangkau 1,307 orang dengan sejumlah 183,854 kes dari 167 negara.

3. Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Mangsa ke-1 : Warga Indonesia berusia 30 tahun di Kuala Lumpur.
- Mangsa ke-2 : Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun di Kuala Lumpur.
- Mangsa ke-3 : Seorang lelaki berumur 42 tahun di Kuala Lumpur.
- Mangsa ke-4 : Remaja perempuan di Melaka.
- Mangsa ke-5 : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak
- Mangsa ke-6 : Murid darjah enam sekolah di Johor.
- Mangsa ke-7 : Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak.
- Mangsa ke-8 : Seorang guru sekolah di Selangor.

4. Penutupan institusi pengajian tinggi di Melaka :
- Institut Perguruan Melayu Melaka (IPPM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Kolej Yayasan Melaka (KYM)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Professional Mara (KPM)
- Nilam Nursing School
- Dan lain-lain lagi…

5. Disini kami sebagai rakyat Malaysia amat berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyekat penularan virus H1N1 ke semua masyarakat.

6. Sila amalkan cara hidup yg sihat seperti yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Boleh lihat di laman web berkenaan, Home (just click that word).

7. Sebagai rakyat yg prihatin, saya amat bersetuju dengan Cadangan yg dilontar oleh PAS, supaya diadakan siding tergempar bagi membincangkan wabak H1N1 ini. Inilah cirri-ciri pemimpin yg baik, yangmana sentiasa mengambil berat akan masalah yg dihadapi oleh rakyat.
PAS desak adakan sidang tergempar bincang wabak selesema babi

8. Semoga rakyat Malaysia tiada lagi kematian disebabkan H1N1 selepas hari ini. Perbanyakkan bertaubat, ini adalah kerana kematian begitu hampir dengan kita.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online