Sunday, August 2, 2009

Pandangan negatif pemimpin BN mengenai Himpunan Mansuhkan ISA



Tahniah & Syabas... Keberanian 30 000 rakyat dipuji oleh semua pihak yg menentang ISA


1) Kerugian RM 200 juta…???

- Bagaimana perkiraan yg teah diambil oleh pihak kementerian Wilayah Persekutuan…? Dgn pantas, pihak kementerian dapat menilai kerosakan yg dilakukan oleh FRU.

- Siapakah pencetus keadaan huru-hara…? Kumpulan Anti-ISA hanya berarak secara aman dari ketiga-tiga destinasi, akan tetapi pihak FRU & polis telah mengganggu perarakan itu dengan menyembur water cannon & menembak gas pemedih mata. Dlm masa yg sama, SB giat aktif menangkap org. Itulah punca sebenar tercetusnya keadaan huru-hara tersebut.



2) Jangan sampai darurat…???

- Didalam perlembagaan telah termaktub bahawa perhimpunan aman adalah DIBENARKAN.

- Himpunan ini bukan hendak menjatuhkan kerajaan @ menyeru raja turun takhta.

- Semaklah perlembagaan; rakyat kita dibenarkan berhimpun. Maka, jika ada pihak yang menghalang perhimpunan itu melalui sesuatu yang diada-adakan seperti permit, maka pihak itulah yang bersalah.

- Dalam kes ini, permit itu dikeluarkan oleh pihak polis. Jadi, pihak polislah yang wajar dipersalahkan apabila mereka tidak mengeluarkan permit untuk membenarkan masyarakat awam berhimpun.

- Perlembagaan membenarkan masyarakat awam berhimpun kerana mereka bukanlah pihak yang akan mencetuskan huru-hara dengan wujud alat kelengkapan bersenjata seperti mana halnya masyarakat tentera dan polis.

- Yang ada stok senjata, molotov cocktail, bom pemedih mata, 'water Canon' dan C4 ini adalah masyarakat tentera dan polis saja dan bukannya orang awam biasa. Maka, di sini pihak polis FRU itulah yang perlu dipersalahkan kerana telah mengundang bahaya kepada para peniaga dan orang-ramai.



3) Penggunaan FRU dalam sebarang aktiviti

- Adakah FRU perlu dikerah apabila berdepan dengan himpunan aman (tanpa ada sebarang senjata, barang tajam @ alatan berbahaya)…

- Siapakah yg mengarahkan FRU menyerang rakyat…? Sudah tentu pihak Umno yg terdesak berbuat demikian. BN terpaksa menggunakan polis & FRU dalam menyekat kemaraan rakyat.



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online