Friday, August 7, 2009

Perhatian rakyat Melaka, kita berada keadaan berbahaya (virus H1N1 + Jerebu + Banjir Kilat)

INFLUENZA H1N1


1) Kes kematian berpunca influenza H1N1 di Melaka semakin parah & amat membimbangkan seluruh rakyat Melaka... sehingga kini 3 orang telah menjadi mangsa virus H1N1...

2) Adakah tugas kerajaan sekadar mengira bilangan kes jangkitan & kematian... apakah tindakan drastik yg boleh dibuat... Setakat ini saja kemampuan kerajaan...??? Semakin lama semakin ramai rakyat Malaysia dijangkiti virus berkenaan.



JEREBU (IPU Melaka, Sarawak tidak sihat)

1) Keadaan udara di sekitar bandar Melaka amat teruk, sehingga jarak penglihatan tidak melebihi 2 km. Ianya merupakan suatu keadaan yg berbahaya kepada semua pemandu kenderaan terutamanya pada waktu malam.


Lebuh AMJ, menuju ke Semabok



Masjid Al-Azim (dari flyover)


BANJIR KILAT

1) Semalam cuaca mendung bermula dari pagi hari. Dan hujan turun dengan lebat di bandar Melaka sehingga mengakibatkan beberapa kampung hampir tenggelam. Paras air dalam longkang meningkat secara mendadak, dan kebanyakan rakyat tidak sempat memunggah barangan @ perkakas rumah mereka.

2) Banjir kilat ini bukanlah kali pertama... ianya akan berlaku setiap kali hujan... terutamanya bagi rakyat Kampung Pulau Kelapa (berhampiran Peringgit Point). Kampung itu lumpuh sepenuhnya.


Keadaan rumah kampung Pulau Kelapa



Salah sebuah rumah berdekatan parit



Rumah yg berletak di persimpangan peringgit


Rumah di simpang ke Taman Desa Baru

3) Kesesakan lalu lintas di hadapan Melaka Sentral juga berlaku ketika banjir di Tmn Cempaka.


Air melimpah dari parit Taman Cempaka


Air parit melimpah di Taman Peringgit Jaya


Jalan masuk ke Taman Cempaka


4) Banjir kilat melibatkan Melaka Sentral juga...




5) Gambar keadaan banjir sekitar Melaka...





No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online