Sunday, August 9, 2009

Wacana ilmiah :Pemuda Umno tidak berani bersemuka dengan Pemuda PAS



1) Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.


2) Tajuk yg dicadangkan ialah "
Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam".

3) Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.


4) Masa yg sepatutnya berlaku sebelum bulan Ramadhan tapi terpaksa ditangguhkan kerana pihak pemuda Umno tidak memberi sebarang respon dari surat jemputan itu..Lagi pun, pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir akan diadakan dalam waktu terdekat. Dan jika ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, ianya berlangsung selepas Aidilfitri.


5) Dua minggu lalu, pihak pemuda PAS telah menghantar surat pembentukan jawatankuasa teknikal dalam menguruskan wacana itu… pun tidak dapat respon dari pemuda Umno.


6) Surat yg hadir dari KJ… meminta diadakan pertemuan antara KJ & Ust.Nasrudin Tantawi…hanya empat mata… dengan kebijaksaan pimpinan pemuda PAS, pemuda PAS tidak melayan sebarang cadangan itu kerana ianya mempunyai niat yg tidak ikhlas. Mengapa perlu adanya pertemuan empat mata sedangkan wacana ini melibatkan pendirian PAS & Umno bukannya pendirian individu... Perbincangan ini ingin diketahui oleh seluruh rakyat.


7) Sehingga hari ini, masih tiada sebarang respon dari Umno… ini merupakan petanda2 awal yg menunjukkkan pemuda Umno cukup takut utk berdepan dgn pemuda Pas.


8) Pemuda Umno tidak dapat menjumpai hujah yg boleh dibawa ke wacana itu. Dan jika pemuda Umno masih tidak memberi sebarang jawapan, ianya terbukti bahawa perjuangan Umno sememangnya bertentangan dengan Islam…


9) Inilah sikap Umno… Mereka takut nk bersemuka dihadapan rakyat jika diajak berbicara hal mengenai perjuangan asal Umno. Sebabnya mereka pun tahu bahawa perjuangan Umno bukan perjuangan Islam. Umno masih mengamalkan perjuangan pihak penjajah sehingga hari nie.


PERKEMBANGAN TERKINI WACANA ILMIAH PEMUDA PAS - UMNO
(dari laman web Dewan Pemuda PAS Malaysia)

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online