Monday, September 7, 2009

Jangan lupa bayar zakat fitrah...


Maksudnya : "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat" (Surah An-Nur : Ayat 56)


1) Kalendar hari ini tertulis bahawa 18 RAMADHAN 1430H… Mesti kebanyakan orang akan berkata, “Eh, sekejap je dah nk raya kan”… “Lor, ko dah beli baju raya”… dan bermacam-macam ayat yg memberi maksud bulan ramadhan bakal berakhir.


2) Dan dalam masa yg sama, ramai juga yg terlupa akan kewajipan mereka, khas dalam bulan Ramadhan… Ibadah puasa sudah tentu semuaakan ingat,tapiadakah kita ingat akan menunaikan zakat fitrah, yangmana ianya akan menyucikan harta benda kita & membantu golongan yg tidak berkemampuan.


3) Kemungkinan berlaku sesuatu musibah terhadap harta benda adalah disebabkan tidak membayar zakat. Salah satu cara menyelamatkan dan 'membersihkan' harta masing-masing adalah dengan menunaikan kewajipan itu termasuk bersedekah.


4) Kepentingan zakat yang telah disebutkan sebanyak 32 kali dalam al-Quran dan 26 kali diantaranya penyebutannya bersamaan dengan kata solat, ini suatu indikasi bahawa zakat sama penting seperti solat.


5) Mari kita sama-sama mengingati kembali golongan yg layak menerima zakat:-

- fakir,

- miskin,

- amil menerima zakat,

- muallaf,

- hamba yang merdeka,

- orang yang berhutang,

- orang ke jalan Allah seperti belajar dan

- orang yang terputus perbelanjaan ketika musafir.


6) "Selain konsep syukur dan mematuhi perintah Allah swt, ianya untuk membersihkan harta atau kekayaan yang dimiliki dari hak orang lain. Dalam harta kita itu, ada hak kepunyaan orang lain.


7) Rukun zakat hanya dua iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta. Kerana itulah, kita boleh beri zakat melalui internet ataupun potongan gaji. Dan mudah-mudahan dengan kewajipan kita laksanakan, akan membersihkan jiwa dan harta kita


8) Siapa yang wajib mengeluarkan zakat…???

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online