2) Bagi kerajaan negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan negeri Serambi Mekah, program pembukaan Ramadhan disambut meriah dengan program ihya' Ramadhan, pada kali ini ianya semakin izzah dengan program berbentuk pesta yang dinamakan sebagai Qaryah Ramadhan.
3) Program ini disiarkan secara langsung menerusi web www.qaryahramadhan.com hasil inisiatif KelantanTV, sebuah pasukan IT dan Penerangan PAS Kelantan. Bagi memastikan siaran tersebut ditayangkan secara terus menerus, seramai lima tenaga kerja bertugas sepanjang Ramadhan ini bagi merakamkan program penting itu.
4) Pihak kerajaan Kelantan juga menyiarkan program-program yang diadakan seawal petang yakni 'di ambang ifthor' seperti kuiz, pelbagai bentuk pertandingan sehingga program berbentuk forum dan muzakarah ilmiah seperti nuzul quran dan badar qubra. Setakat ini, respon yang diterima sangat menggalakkan khususnya pembaca yang berada di luar negara yang sedang mengikuti perkembangan sambutan Ramadhan di Malaysia, khususnya di Kelantan.
5) Insyaallah, solat sunat Aidilfitri juga akan ditayangkan secara live daripada Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-4. Inisiatif web tersebut adalah untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan khususnya untuk mengetahui mekanisme sambutan Ramadhan di negeri itu yang ditadbir PAS sejak 19 tahun yang lalu.
HarakahDaily.Net - Persiapan rapi sambutan Ramadhan di Kota Bharu
6) Bagi kerajaan negeri Melaka pula, mereka semakin sibuk menyusun aktiviti bazar ramadhan sekitar Melaka terutamanya di Taman Cempaka. Banyak yg ditambah seperti diwujudkan suatu port DJ khas utk memeriahkan suasana bazar itu.
7) Tapi sayangnya kerajaan Melaka terlepas pandang akan amal ibadah umat Islam... Jika sesiapa yg bersolat terawikh sekitar Melaka Sentral, sudah pasti akan terganggu oleh pembesar suara DJ khas di Taman Cempaka. Yg peliknya, DJ khas ini berlangsung ketika umat Islam sedang khusyuk solat terawikh...
8) Semoga kerajaan Melaka dapat memberi perhatian kepada peningkatan amal ibadah rakyat, bukannya peningkatan promosi hari raya... Bagi orang-orang yg telah jatuh cinta pd bulan Ramadhan, sudah pasti timbul rasa sedih & sayu apabila bulan ramadhan semakin berakhir.
MARI SAMA-SAMA PERTINGKATKAN AMAL IBADAH DI AKHIR-AKHIR RAMADHAN NIE... PEROLEHI NIKMAT RAMADHAN DENGAN SEMPURNA...
No comments:
Post a Comment