1) Selepas dipertikai penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri, perhimpunan mengarak kepala lembu 'berdarah' yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno negeri itu menerima kecaman antarabangsa pula iaitu Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF).
2) Pengerusinya (bahagian Polisi Awam) Ishani Chowdhury dalam satu kenyataannya mendesak pihak polis segera mengenal pasti dan bertindak ke atas kumpulan yang membuat provokasi perkauman dan agama sempit itu.
3) Jelasnya, lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu.
4) Sambil mendakwa tindakan terbabit berunsur ekstrem, perkauman serta menafikan hak minoriti penganut Hindu di Malaysia, beliau mendakwa Malaysia cuba mendiskriminasikan rakyat minoriti. Tambahnya lagi, insiden itu mengakibatkan suasana tidak tenteram dalam kalangan penduduk tempatan yang beragama Hindu.
5) Dalam kenyataannya, Ishani berharap kerajaan Persekutuan memberikan perlindungan ke atas penduduk tempatan beragama Hindu dengan memindah Kuil Sri Mariammam ke tapak yang dicadangkan (Seksyen 23) serta membawa semua yang terbabit ke muka keadilan.
6) Salah seorang jurucakap perhimpunan 'haram' (pemimpin Umno) itu mendakwa kepala lembu berdarah itu adalah suatu simbolik pada pemimpin dicucuk hidung; yang ditujukan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu 23 Rodziah Ismail serta pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang lain.
7) Kebanyakan daripada mereka dikenal pasti adalah pemimpin-pemimpin Umno tempatan; sekaligus melengkapkan rumus khalayak bahawa insiden tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
8) Kekesalan HAF ini merupakan respon balas pertama penganut Hindu antarabangsa, setelah Polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima lebih 52 aduan daripada penganut Hindu Malaysia sejak 31 Ogos lepas.
9) Sebelum ini, Malaysian Hindu Sanggam juga mempertikaikan tindakan ini. Mereka menyokong penuh cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23 itu kerana ia tempat yang sesuai dan tidak mengganggu pihak lain.
10) Bagaimana seorang menteri dalam negeri boleh menyokong tindakan mereka sedangkan ianya telah menyentuh sensitiviti kaum India...!!! Adakah alasan yg diberi oleh Hishamuddin itu dapat mententeramkan hati kaum India... Sepatutnya mereka dituntut supaya memohon maaf atas tindakan keterlaluan itu, bukannya disokong dengan alasan yg tidak logik...!!!
Sila lihat klip video mengenai respon Hishamuddin terhadap tindakan berarak kepala lembu itu,
Hisham: Don't blame cow-head protesters
(diambil daripada laman web Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment