Wednesday, September 16, 2009

Malam 1 Syawal… Penghayatan malam raya di Melaka & Kelantan…


1) Seperti dilaporkan oleh media massa…
- sumber dari Harakahdaily : Pasar raya Kelantan diarah ditutup 1 Syawal
- sumber dari mStar online : mStar Online : Semua pasar raya di Kelantan dilarang operasi pada ...

2) Suasana di Kelantan :-
- Semua pasar raya di Negeri Kelantan telah diarah menutup premis perniagaan masing-masing pada hari raya pertama tahun ini
- Sebagai tanda menghormati hari kebesaran perayaan umat Islam.

3) Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan mulai 1 Januari tahun hadapan, semua papan tanda baru (billboard) mestilah mempamerkan tulisan Jawi yang sama ada sama besar atau lebih besar daripada Bahasa Malaysia, Cina, Tamil ataupun Siam.
- Langkah terbaru ini adalah untuk memastikan tulisan Jawi mendapat kedudukan yang sewajarnya dan juga sebagai satu langkah untuk mempopularkan tulisan Jawi.
- Kata Takiyuddin semua peniaga dibenarkan mengguna bahasa Ibunda masing-masing selagi Jawi diberikan kedudukan yang utama pada papan tanda iklan.

4) Suasana di Melaka :-
- Masih belom ada pape berita yg membantu rakyatnya lebih menghayati malam raya tersebut.
- Harap2 ianya berlaku suatu perubahan….. Tunjukilah rakyat ke arah kehidupan cara Islam yang sebenar.
- Jangan diulangi tindakan seperti tahun-tahun yang lepas… Mlm raya dipenuhi dgn aktiviti jualan murah @ membeli belah sehingga terlupa akan kesempatan mlm raya itu, sepatutnya pada malam raya itulah hidupnya syiar Islam apabila suasana sekeliling dialuni dgn nada takbir & selawat ke atas Rasulullah saw.

5) Sebagai rakyat Melaka… kami perlukan perubahan suasana supaya kehidupan kami sentiasa diberkati oleh Allah swt. Dan pada masa yg sama, kami juga tidak akan menolak sebarang kemajuan selagi ianya tidak melanggar batasan syariat Islam.

6) Kami sangat rindukan kehidupan cara Islam yang syumul…

7) Tanggungjawab berbuat amal ibadah bukannya hanya terletak dibahu individu, ianya adalah salah satu tanggungjawab pemimpin masyarakat dalam menggubal segala undang-undang & aktiviti yg melibatkan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online