Sunday, September 13, 2009

Slogan PAS For ALL... Negara berkebajikan... semakin menyerlah di kalangan rakyat


1) Program ‘Semarak Ramadhan’ anjuran PAS turut dirasai kehangatan sekitar bangunan pejabat agong PAS (Jln Raja Laut)… Bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu.. dikunjungi oleh para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak
pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dlm sebuah program PAS.

2) Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada pelbagai jenis latar belakang… meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.

3) Bermula jam 2.00 petang, program disikan dengan aktiviti :-
- membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa,
- kaunter khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam
- kaunter khidmat kaunseling daripada seorang pakar.
- kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat.



4) Amat mengkagumkan… semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Sebagai contoh di Kaunter Guaman, dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah.

5) Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik.

6) Pendapat para tetamu yg hadir :-

a) Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu. "Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.

b) Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS. "Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.

7) Turut hadir sama ialah Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Dalam ucapan beliau, banyak menyebut mengenai keinsafan individu ke atas perbuatan yg lalu.



8) Dilihat juga kehadiran Ustaz Mohammad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin (Pengarah Program), Dato' Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), , Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS), Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Mohd Taufek Abdul Ghani (ADUN Paroi), Mazlan Aliman dan Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS) antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.

9) Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

10) "Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta.



11) Di saat akhir program ini, diadakan majlis sumbangan derma dan cenderahati disempurnakan oleh Dr Hatta dan Ustaz Mohammad Nor. Suasana begitu ceria sekali dan 'gamat' apabila golongan gelandangan dan orang ramai khususnya kanak-kanak sejumlah 80 orang mula mengerumni kedua-dua tokoh untuk mendapatkan duit raya yang disediakan penganjur.


12) Bagi para tetamu, malam tersebut adalah malam yg bahagia bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri. Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi !!!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online