Semakan Audit terhadap akaun amanah KAFA mendapati perkara seperti berikut:
i) Perbelanjaan berjumlah RM3.11 juta dari tempoh bulan Januari hingga Jun 2008 telah dijelaskan bagi pembelian perabot, komputer dan membaiki bangunan sekolah dengan menggunakan wang akaun amanah KAFA tanpa kelulusan JAKIM.
ii) Lawatan Audit ke enam SRA JAIM dengan pegawai Unit Pembangunan JAIM mendapati pembayaran bagi sembilan kerja pembaikan di enam SRA JAIM berjumlah RM0.39 juta dijelaskan kepada kontraktor tanpa lawatan dan pengesahan JAIM. Selain itu enam kerja pembaikan bagi lima SRA JAIM berjumlah RM0.30 juta telah dijelaskan pembayarannya kepada kontraktor walaupun tidak mengikut spesifikasi kerja.
Foto 3.1
Bangunan Baru Yang Sepatutnya
Berukuran 25’ x 60’
Hanya Berukuran 20’ x 60’
Foto 3.2
Bahan Terpakai Digunakan Semula Untuk
Pembinaan Garaj Baru
Tarikh : 27 Ogos 2008
*** Pada pendapat Audit, perbelanjaan menggunakan akaun amanah tidak memuaskan kerana tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh JAKIM.
No comments:
Post a Comment