Tuesday, December 1, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA) : DUIT BANGUNAN DILABUR

Bantuan Pembangunan Dan Pembaikan Sekolah


KPM telah meluluskan bantuan sejumlah RM2.98 juta kepada 32 SRA JAIM bagi tempoh tahun 2006 hingga 2008. Tujuan bantuan ini adalah untuk prasarana dan kemudahan fizikal persekolahan dalam bentuk pembinaan bangunan baru, bangunan tambahan dan pembaikan kecil.

Lawatan Audit Ke Lokasi

Lawatan Audit ke lima SRA JAIM pada bulan Ogos 2008 mendapati:

  1. Sejumlah RM0.50 juta untuk SRA JAIM Paya Rumput, Masjid Tanah yang diterima sejak Februari 2007 untuk pembinaan bangunan baru tidak digunakan sebaliknya dilabur dalam simpanan tetap.
  2. Pada masa yang sama Pejabat Pembangunan Negeri telah meluluskan bantuan sejumlah RM2.50 juta berbanding tender projek berjumlah RM2.27 juta. Ini bermakna bantuan awal sejumlah RM0.50 juta tidak diperlukan dan sepatutnya dipulangkan kepada KPM
  3. Bantuan projek untuk SRA JAIM Ramuan China Besar sejumlah RM0.39 juta yang diterima pada November 2006 hanya bermula pada Julai 2008. Ini berpunca daripada masalah perebutan pelaksanaan projek antara pihak LEKAS dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong. Kelewatanprojek pembinaan telah mengakibatkan suasana pembelajaran yang tidak selesa.
  4. Kelewatan tersebut telah menyebabkan murid-murid masih menumpang di sekolah kebangsaan kerana bangunan asal telah dirobohkan pada Januari 2007. Sementara kantin sekolah itu, telah dijadikan ruang penempatan guru dan pentadbiran sekolah.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online