Monday, March 29, 2010

(1) Persoalan mengenai GST...


Apa kewajaran kerajaan melaksanakan GST dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini...???

- Saya bukan menolak kebaikan GST. Banyak negara sudah laksanakan cukai ini. Akhirnya, semua negara akan menuju kepada sistem yang sama. Jika banyak negara mengamalkan satu sistem pendapatan, kita tidak boleh mengasingkan diri mengamalkan satu sistem "obsolete" yang tidak sesuai bagi negara lain.

- Sebab itu kita mahu @ tidak mahu terpaksa mengikut. Kita setakat negara yang berskala ekonomi kecil yang "
open economy" terpaksa menyesuaikan diri kepada sistem yang ada dalam dunia untuk membolehkan kita dilihat sebagai sesuai kepada negara lain. Kita perlu ada rakan dagang.

- Jadi, daripada situ kita perlu buat persediaan. Persoalannya perlukah kita laksanakan GST sekarang ini? Inilah yang perlu kita teliti. Pengalaman negara-negara luar untuk melaksanakan GST ini memerlukan persiapan rapi. Struktur ekonomi dalaman kita perlukan satu kaedah penyesuaian supaya apabila satu perkara baru dilaksanakan perlu sesuai dengan kemudahan yang ada dalam negara kita.


Sila lihat link ini utk maklumat lanjut mengenai GST,

GST: Untung @ Rugi


GST - Gagalkan Sebelum Terlambat...!!!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online