Friday, April 2, 2010

(2) Persoalan mengenai GST...


Pada pendapat anda, apa sebab kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan GST? Apakah GST boleh bantu secara kebetulan ekonomi negara ini?

1) Formula GST itu "yes"... tetapi masanya tidak... Kita sebenarnya ciplak formula ini. Asasnya bukan kita yg memperkenalkan. Kita ciplak negara lain, justeru kita pun kena ikutlah apa persediaan-persediaan yg dibuat negara lain. Mereka yg mempunyai pengalaman lepas mengenai perkara ini.


2) Macam kata di New Zealend, Australia, United Kingdom yg membuat persiapan yg rapi. GST ini melibatkan kutipan cukai bukan amalan meniaga saja. Kesan ia besar kepada keseluruhan ruang lingkup perniagaan.


3) Dalam sesebuah negara itu semua akan kena, jadi perlukan persiapan yg rapi. Dimana persiapan yg kita buat? Adakah kita hendak buat proses penyesuaian perbankan negara kita pun tak terlaksana.


4) Dulu kita buat pun 'Islamik Banking' berapa lama kita suaikan dengan sistemnya, kefahaman orang, banyak perkara yg harus diselesaikan dahulu sebelum kita laksanakan.

5) Kita tidak mahu sistem yg baik akan menuju kegagalan sebagaimana kegagalan kita melaksanakan Dasar Penswastaan, Sasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Pandangan ke Timur. Ini semua memberi kesan yg besar. Kenapa kita tidak belajar daripada pengalaman ini semua.


6) Sekarang pula kita hendak mengamalkan sistem yg jelas bukannya satu konsep seperti Dasar Pandang ke Timur. GST ini satu formula yg mesti ikut dengan tepat.

7) Peratus yg kena bayar berapa? Kaedah cukai berapa? Ini adalah satu formula yg jelas, tidak boleh ikut secara rambang @ ikut rasa kesesuaian. Ini tidak boleh...!!! GST tidak ada pilihan seperti ini.

Gagalkan Sebelum Terlambat...!!!

Maklumat lanjut di...

GST: Untung @ Rugi

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online