Sunday, April 18, 2010

APCO: Langgar dasar luar diplomatik negara...!!!



1) Biarpun tiada undang-undang khusus menyatakan pembabitan APCO Worldwide dan Asiasoft menyalahi undang-undang negara, namun ia jelas melanggari dasar luar diplomatik negara.

2) Ini kerana dasar luar negara jelas menggariskan tiada sebarang hubungan dengan negara haram Israel, apatah lagi dengan membawa masuk syarikat-syarikat regim itu sebagai penasihat dalam urusan perhubungan awam.

3) Keadaan yg lebih malang apabila syarikat itu bukan sahaja dibenarkan memberi 'nasihat' kepada kerajaan, tetapi juga dibayar upah atas nasihat mereka.

4) Jika kita lihat, dalam pasport Malaysia jelas menyatakan rakyat Malaysia boleh ke mana-mana sahaja didunia, kecuali negara haram Israel. Tapi apa yang berlaku hari ini, lebih teruk dari itu.

5) Namun, kewujudan Asiasoft di Bukit Aman jelas melanggar undang-undang negara kerana ia bersabit dengan soal keselamatan negara apabila segala maklumat negara boleh diakses secara bebas oleh Asiasoft.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online