Tuesday, April 20, 2010

Sultan Selangor puji kerajaan negeri..




1) Diatas keprihatinan dan kepekaan baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pemerintahan kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat, sekaligus memperakui prestasi pentadbiran yg baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

2) Bagaimanapun, kegawatan ekonomi dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti, titah baginda, namun kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini tidak terabai.

3) "Prestasi tadbir urus kerajaan beta yg mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara tahun lalu meyakinkan beta bahawa prinsip tadbir urus kerajaan yg baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban," titah baginda.

4) Sultan bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Selangor kali ke-12 di Bangunan Sidang Dewan Negeri Selangor, 12 April lalu.

Sultan puji Kerajaan Pakatan Rakyat... Selangor dijadikan contoh...

"Beta gembira terhadap dasar kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan meluaskan perkongsian kekayaan untuk rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)."

"Prestasi tadbir urus kerajaan beta yg mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara tahun lalu mengyakinkan beta bahawa prinsip tadbir urus kerajaan yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban."

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online