Wednesday, April 21, 2010

Muhyiddin dicabar selesai isu Felda Cahaya Baru



1) Timb.PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar menyelesaikan isu Felda Cahaya Baru di Johor sebelum menyelesaikan masalah di Felda Sungai Buaya, Batang Kali, Hulu Selangor.

2) Masalah peneroka di Felda Sungai Buaya, tanah tersebut telah dijual kepada syarikat pemaju pada tahun 1994 dengan nilai harga RM1 juta dan baki wang jualan itu belum diselesaikan disebabkan syarikat tersebut muflis.

3) Mengulas situasi itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman berkata, isu yg berlaku di Felda Cahaya Baru, Johor hampir sama dgn Felda Sungai Buaya tetapi masalah yg dialami oleh peneroka di situ lebih lama.

4) Beliau berhadap pilihanraya kecil Hulu Selangor bukan medan untuk meraih undi sahaja dan jika ini sikap pemimpin, maka peneroka hanya menjadi alat untuk mendapatkan undi...

5) Beliau menjelaskan, felda di Selangor telah lama diwujudkan sekitar tahun 60-an dan daripada sudut pembangunan Felda di Selangor memang tercicir jika dibandingkan di tempat lain.

6) Banyak isu yg gagal ditangani oleh kerajaan Umno-BN, contohnya isu pembangunan bandar Baru di Sungai Buaya ketika Menteri Besar, Tan Sri Muhamad Taib Muhamad.

7) Banyak cara telah dibuat dengan menghantar memorandum tetapi tidak ada tindakan yg dibuat oleh Umno-BN.

8) Ini menggambarkan bahawa tiada kesungguhan kerajaan Umno-BN dalam membangunkan sama ada peneroka asal @ generasi kedua.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online