Friday, April 23, 2010

Terbukti Kerajaan Selangor mesra rakyat...


7 pelaksanaan dasar baru Negeri Selangor bagi menjayakan moto kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES):

1) Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas); Antara faedah-faedah yg akan diterima adalah setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini, anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun dan apabila berusia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima Rm1500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

2) Bekalan air percuma bagi 20 meter padu; Dasar pemberian air percuma ini diberikan kpd semua pengguna air domestik yg menggunakan meter individu di Selangor. Bil air yg dimaksudkan ialah bil yg dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

3) Hadiah RM1000 anak masuk Institusi Pengajian Tinggi.

4) Mesra Usia Emas (MES); Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM2500 kpd warga emas yg berusia 60 tahun ke atas (yg telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yg tinggi dari kerajaan negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

5) Program Peningkatan Hasil daripada bahan batuan dan mineral; Faedah pelaksanaan dasar ini adalah untuk meningkatkan sumber hasil mineral bagi membiayai dasar baru.

6) Pusat Khidmat Krisis Sosial (OSCC); OSCC (One-Stop-Crisis-Center) adalah pusat khidmat sehenti bagi kes-kes yg melibatkan keganasan serta penganiayaan terhadap individu terutama wanita dan kanak-kanak. Antara kes yg boleh dirujuk dan menjadi keutamaan di OSCC adalah rogol, liwat, kes keganasan rumahtangga dan penderaan. Objektif OSCC adalah untuk memberi kemudahan kpd mangsa-mangsa krisis ini dgn meletakkan semua agensi serta pihak berkuasa yg berkaitan iaitu Jabatan Kecemasan serta jabatan-jabatan lain yg berkenaan di hospital, PDRM, JKM dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibawah satu bumbung. Dengan itu, kerahsiaan pesakit dipelihara tanpa perlu mendedahkan lagi mereka kpd trauma yg telah mereka hadapi. Disamping itu, mangsa mendapat semua rawatan dan perkhidmatan yg diperlukan secara in-situ dgn segera.

7) Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang; Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang bantuan kpd anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor mendapatkan pendidikan yg sempurna baik di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi, ia turut bertujuan untuk memberikan bantuan latihan teknikal yg berkaitan terutama di institusi latihan yg diiktiraf kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online