Monday, April 26, 2010

Duit rakyat dibayar kepada APCO RM77 juta


1) Kerajaan BN cuba mengelirukan rakyat apabila pada awalnya menjelaskan sebanyak RM28 juta dibayar kpd APCO Worldwide, atas kontrak perunding imej dan lain-lain, bagaimanapun nilai sebenar yg dibayar mencecah lebih dua kali ganda daripada jumlah itu.

2) Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria berkata, pendedahan itu satu yg mengejutkan kerana sebelum ini rakyat diberitahu jumlah terbabit hanya RM28 juta tiba-tiba naik mendadak menjadi RM77 juta.

3) Jumlah baru yg diumumkan kerajaan itu bukanlah nilai yg kceil dan baginya ia satu pencabulan yg dilakukan oleh kerajaan terhadap wang rakyat. Bagi kita ini salah satu pencabulan kerajaan apabila memilih syarikat asing yg ada kaitan dgn Yahudi untuk memberi khidmat nasihat dalam negara kita.

4) Rakyat juga mempersoalkan tindakan kerajaan yg telah mengenepikan kepakaran dalam negara untuk projek berkenaan, sebaliknya lebih percaya kpd APCO yg ada kepentingan dengan Israel.

5) Kerajaan memilih syarikat asing untuk memberi khidmat rundingan dalam Perkhidmatan Strategic Communication Public relation and Press Outreach dan ia amat dicurigai.

6) Pada 13 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya kpd Ahli Parlimen Tian Chua mengakui kerajaan membayar sebanyak RM77 juta kepada APCO Worldwide. Nazri juga menjelaskan, nilai kontrak tersebut adalah bagi tempoh 3 Jun 2009 hingga 15 Julai 2010.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online