Wednesday, April 28, 2010

Kesedaran Tutup Aurat




1) Kerajaan Kelantan melalui pihak berkuasa tempatan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan etika berpakaian terhadap pemilik dan pekerja wanita di premis perniagaan.

2) Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, hasil kajian yg dilakukan tahap kesedaran berpakaian menutup aurat terhadap pekerja wanita didapati masih rendah.

3) Oleh itu katanya, PBT termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) perlu memberi kefahaman berhubung Undang-Undang Kecil yg digubal khususnya mengenai arahan menutup aurat.

4) "Ia penting untuk memberi kefahaman kpd mereka dalam soal ini selaras dengan kehendak agama. Biarpun pada awalnya mereka menutup aurat kerana terpaksa, akhirnya akan sedar kewajipan dalam agama," katanya.

5) Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Etika Pakaian 2010 anjuran MPKB-BRI baru-baru ini. Lebih 500 orang peserta yg mewakili pasaraya, majikan dan pekerja pelbagai bangsa menghadiri seminar itu.






1 comment:

  1. salam,

    entri ini mbantu saya mneyiapkan sedikit tugasan mengenai etika bpakaian dan aurat...syukran..moga Allah memberkati saudara.

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online