Friday, May 28, 2010

Gelombang ke-1... Bantah Lesen Judi di Melaka...!!!


1) Tahniah kepada seluruh rakyat Melaka yang telah hadir sama dalam Himpunan Aman Bantah Lesen Judi di Masjid Al-Azim, Melaka semalam... kehadiran anda semua adalah suatu tanda kesatuan kita dalam menegakkan hukum Islam...

2) Tidak lupa juga atas sokongan Pakatan Rakyat (PKR & DAP) serta NGO-NGO Islam (ABIM & JIM) yang terlibat sama dalam himpunan ini... Insyaallah, kita semua akan duduk semeja dalam memperbincangkan tindakan seterusnya dalam mendesak kerajaan menghentikan lesen judi bola ini.

3) Untuk rakyat Melaka... himpunan semalam hanyalah pemanas badan @ pemula bicara kita dalam membantah lesen judi... Insyaallah, pelbagai kempen & aktiviti akan dilaksanakan lagi seperti ceramah perdana, edaran risalah di premis judi dan lain-lain lagi. Dengan penuh harapan, rakyat Melaka dapat memberikan sokongan penuh kepada kempen ini...

4) Bersiap-sedia gelombang ke-2 bantahan lesen judi... Semalam hanyalah pembuka bicara @ pemula kata dalam kempen Bantah Lesen Judi...!!! Bantahan ini akan berterusan sehingga kerajaan tunduk dengan desakan rakyat...!!! Jangan menghalalkan perkara yang haram...!!! Rakyat Malaysia suka bola sepak tapi benci judi bola....!!!

5) Kerajaan Melaka sepatutnya contohi kerajaan negeri yang lain dalam isu lesen judi ini...!!!

Kerajaan Kelantan : Korporat pernah mohon lesen judi dari PAS
Kerajaan Pulau Pinang : Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
Kerajaan Selangor : Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan & Semua PBT tidak benarkan terus operasi judi
Kerajaan PAKATAN RAKYAT : K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
PAS sokong PBT tidak benar premis judi bola

6) Untuk liputan khas mengenai Himpunan Bantah Lesen Judi di Melaka semalam :-

DEMO BANTAH LESEN JUDI BOLA / AGAINST FOOTBALL BETTING

BANTAHAN LESEN JUDI SUKAN (BOLASEPAK PIALA DUNIA)- UCAPAN PESURUH

Judi bolasepak, rakyat terus protes...
(Malaysiakini)

Himpunan Bantah Judi di Melaka
(http://wwwaizatlegendz.blogspot.com)

DEMONTRASI BANTAH JUDI BOLA DI MELAKA
(http://angkasanuri.blogspot.com)

Himpunan Bantah Judi di Melaka
(http://pemudabukitkatil.blogspot.com)

YA UNTUK BOLA...!!!
TIDAK UNTUK JUDI...!!!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online