Wednesday, May 12, 2010

Halal judi bakal undang murka, azab Allah

1) Menghalalkan aktiviti perjudian bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah SWT dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini.

2) Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia (termasuk yang bukan Islam) amat kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein pada 6 Mei 2010 lalu bahawa kerajaan sedang menimbang secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) bagi mengelak perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

3) Katanya, sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara, kewajaran untuk meluluskan lesen perjudian adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mana telah mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian.

4) Persoalan untuk menimbang keputusan menghalalkan aktiviti ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali dan wajar ditentang. Menghalalkan akt6iviti perjudian ini akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat di kalangan rakyat di negara kita.

5) Tambah lagi, ia bukan sahaja merugikan pengamalnya malah memberi kesan serta impak masalah sosial kepada masyarakat serta melahirkan generasi muda yang tidak produktif untuk bekerja kuat demi bangsa dan negara.

6) Ianya juga tidak bersandarkan kehendak masyarakat Islam arus perdana dan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

7) Sehingga kinipun negara ini telah mempunyai sebuah kasino perjudian terbesar di Asia Tenggara dan aktiviti perjudian menerusi operator ramalan nombor (number forecast operators) seperti 4D dan Toto yang semakin bercambah.

8) Menghalalkan aktiviti perjudian ini bakal menambahkan lagi kantung pendapatan negara menerusi hasil percukaian tetapi hasil pendapatan negara yang haram seperti ini bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah SWT dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini.


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online