Saturday, May 8, 2010

Hapuskan Judi Piala Dunia, bukan beri galakan (lesen)



1) Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 dilihat "menghalalkan yang haram, demi keuntungan".

2)
"Mufti jangan berdiam diri dalam soal itu kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui ayat yang sama bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar," kata ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

3)
Keputusan kerajaan itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ianya telah disiarkan oleh televisyen. Mari kita lihat apa yg diperkatakan oleh pihak kerajaan:-
- Kerajaan sedang mempertimbang akan meluluskan lesen judi tersebut.
-
Jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
- Mengakui sudah ada pihak yg membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.


5) Alasan kerajaan untuk mengeluarkan lesen kerana pertaruhan haram tetap berlaku, tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. "Rakyat mahu kerajaan mengharamkan judi dan memerangi industri haram ini hingga ke akar umbi. Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha membasminya bukan menghalalkannya untuk mendapatkan keuntungan," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudin.

6) Rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampuradukkan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak. Lebih memalukan, apabila ada pihak yang mahu meluluskan lesen perjudian adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam. Tindakan itu dikhuatiri mengundang musibah & kemurkaan dari Allah s.w.t.

7) Sehubungan dengan itu, umat Islam seluruh dunia menyeru para Ulama, Majlis Fatwa serta rakyat Malaysia bangkit menentang tindakan kerajaan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam ini.
Para mufti di negara ini diminta mengulas dan menyatakan hukum berhubung cadangan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 khususnya dari sudut agama Islam.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online