Tuesday, May 4, 2010

Pelik & Hairan... Umno mempertahankan APCO bermati-matian



1) Perbahasan di Dewan Rakyat 22 April lalu dalam Usul mengheret Ketua Pembangkang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sudah dijangka 'hangat; dan menjadi pentas Umno-BN mempertahankan syarikat berkepentingan Israel, APCO Worldwide...

2) Sejak dari awal lagi, pembahas pertama yg mewakili Umno, Dato' Abdul Rahman Dahalan, kemudian disambung oleh Dato' Nur JAzlan Mohamad dan kemudian Khairy Jamaluddin, kesemuanya mempertahankan APCO sebagai sebuah pihak yg seolah-olah suci dan wajib dipertahankan.

3) Bagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, perkara itu sangat pelik dan menimbulkan pertanyaan mengapa pimpinan Umno terutamanya Ketua Pemudanya, KJ bersungguh-sungguh dalam ucapannya mempertahankan APCO.

4) Bercakap isu agama, Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) pula menyindir KJ yg terlalu berang dan marah hanya kerana pendedahan APCO yg dibuat Ketua Pembangkang. Beliau melahirkan rasa pelik bagaimana BN hanya memberikan kepercayaan kpd pembahas wakil Parlimen dari Umno sahaja yg berbahas mempertahankan APCO, sedangkan BN mempunyai 14 komponen parti di dalamnya.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online