Saturday, July 24, 2010

Ali Rustam: Sekolah Khas untuk pelajar hamil...???

- dipetik dari Utusan Malaysia, 25 Julai 2010 -

1) Cadangan pemimpin no.1 Umno-Melaka (Ali Rustam)...
"..... mewujudkan sekolah khas bagi menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa..... "

2) Ditempelak oleh geng Umno juga... Timb.Menteri Pelajaran (Dr. Mohd Fuad Zarkashi)...
"..... pada pandangan saya ini adalah suatu idea yang PELIK dan tidak begitu sesuai dilaksanakan..... "

3) Wahai rakyat Melaka... cubalah anda fikirkan sejenak mengenai idea yang dilontarkan oleh Ketua Menteri negeri kita... adakah ianya logik idea nie telah dilontarkan oleh Ketua Menteri Melaka...? Bagaimana idea ini boleh dicetuskan... sekadar luahan hati individu @ setelah kajian dibuat...?

4) Dalam mengatasi sesuatu masalah @ gejala sosial, kita perlulah membuat kajian terperinci mengenainya... mengenalpasti PUNCA gejala itu... memberikan beberapa langkah yang berkesan terhadap PUNCA gejala itu...

5) Bukannya tertumpu pada KESAN gejala itu... walaupun KESAN gejala itu berjaya diatasi, TIDAK SEMESTINYA PUNCA gejala itu dapat diatasi... Ianya boleh dikiaskan seperti pihak kerajaan memungut sampah di sungai setiap minggu, dan pada masa yg sama masih ramai membuang sampah ke dalam sungai setiap hari... Sampai bila-bila pun masalah itu takkan selesai...

6) Disini terdapat beberapa cadangan dalam menangani gejala sosial nie :-
- mempergiatkan kempen Anti-Pergaulan Bebas... dijalankan di tempat tumpuan remaja seperti Mahkota Parade, Dataran Sejarah dll.
- menyekat laman web yang mempunyai unsur-unsur seks @ pergaulan bebas.
- TIDAK MENYIARKAN filem @ movie yang ada unsur-unsur seks... tidak kira ianya penerbitan luar negara @ dalam negara sendiri.

1 comment:

  1. selain kena tackle punca masalah, kita juga perlu bawa semula org2 yg dah terlanjur ni kepangkal jalan.. Kembali kepada islam, tunjukkan dia org contoh lelaki2 yg taat peintah allah..
    Usaha ni perlu sokongan semua pihak, walaupun tentunya kerajaan lebih bertanggungjawab. Tapi sebagai daei, perlu juga sedarkan semula mereka yg dah tersasar itu..
    p/s : sokong yg benar...

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online