Monday, May 9, 2011

Pakatan Rakyat tetap perjuangkan ISLAM

Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.


Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.


Mereka yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jatidiri orang melayu beragama Islam.


Melayu seterusnya menghadapi kecelaruan sahsiah dan bencana aqidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini.


Dipetik daripada Facebook YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online