Friday, May 6, 2011

Puak Palestin menandatangani perjanjian bersatu di Kaherah

Puak Palestin yang dipimpin oleh Hamas dan Fatah telah menandatangani perjanjian menamatkan perpecahan kebangsaan. Sumber di Kaherah berkata kepada Pusat Maklumat Palestin pada hari Selasa.

Diantara mereka yang berkumpul untuk menandatangani adalah ketua biro politik Hamas Khalid Mishaal serta Azzam al-Ahmed dan Samir al-Rafaa’i dari Fatah, Ramadhan Shalah dari Islam Jihad, Ahmed Jibril dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (Perintah Umum), Mahir al-Tahir dari Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Mohammed Ibrahim dari badan perisikan Mesir.

Seorang pegawai tinggi Mesir berkata bahawa Mesir dijemput untuk menghadiri upacara menandatangani pada hari Rabu di kementerian luar negeri Arab. Turut dijemput ialah mereka yang datang dari China, Russia, Turki, dan negara-negara Eropah, Setiausaha Agung Liga Arab Amr Moussa dan Setiausaha PBB Ban Ki-moon, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, dan Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Eropah Cathy Ashton.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

sumber: http://palestinkini.info/?p=9404



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online