Monday, May 2, 2011

Pasca Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kali ke-36

Program: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kali ke-36
Tarikh: 30 April - 01 Mei 2011
Tempat: Formosa Garden Hotel, Tengkera

Alhamdulillah marilah kita merafakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan Pemuda PAS Melaka bermuktamar pada kali ini dalam keadaan yang begitu selesa dan tenteram. Selawat dan salam kita rakamkan ke atas junjungan besar Nabi akhir zaman Muhammad saw yang meruapakan qudwah dan qodatu mujahidin.

Muktamar DPPNM kali ke-36 ini telah melakar satu sejarah baru PAS Negeri Melaka kerana inilah julung-julung kalinya dewan-dewan yang merupakan sayap parti telah berjaya mengadakan muktamarnya selama 2 hari yang bermula acara perasmiannya pada sebelah malam dan pada keesokkannya berlangsung muktamar penuh. Ini semua adalah usaha Pemuda PAS Melaka untuk menyaksikan suatu suasana kondusif untuk perbincangan dan perbahasan para perwakilan disamping mencipta imej sebuah parti yan sarat dengan pengalaman dan ranjau perjuangan. Ditambah pula berlangsungnya muktamar kali ini di tempat yang begitu strategik dan berprestij.

Alhamdulillah, muktamar DPPNM kali ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Firdaus b. Jaafar (Ahli Parlimen Jerai & Exco DPPP). Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Akhi Adly Zahari (Timbalan Pesuruhjaya 1), Pn Hajah Kintan bt Man (wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka), wakil AMK, wakil DAPSY, wakil PERAWAN & wakil NGO ABIM.

Keputusan Pemilihan Exco DPPNM 2011-2013
Ketua Pemuda: Haji Yuhaizad b. Abdullah
TImbalan Ketua Pemuda: Ustaz Musa b. Mohammad
Naib Ketua Pemuda: Yuzi Azhar b. Haji Yusof
1) Haji Shaharudin b. Yusof
2) Ustaz Azizan Anwar
3) Shahrin Azam b. Ismaon
4) Abu Khir b. Abu Bakar
5) Ustaz Nor Khairi b. Yusof
6) Ustaz Mohd Sobri b. Hashim
7) Johari Osman
8) Ustaz Mohamad Helmi b. Hj.Hasan
9) Muhamad Aizat b. Baharudin
10) Mohd Jauhar b. Mohd Dawi
11) Ahmad Fathi b. Yusoff

Untuk maklumat lanjut, sila layari link dibawah:


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online