1) Akan diadakan suatu pungutan suara sebagai referendum rakyat terhadap isu kelemahan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
2) Diiusahakan oleh Lajnah Pengguna PAS (LPP) melalui Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) yang baru diwujudkan dibawahnya yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi LPP, Mohd Taufek Abdul Ghani (ADUN Paroi, N9).
- minta semua rakyat khususnya peminjam dan bakal peminjam menyertainya di Facebook untuk memberi pandangan atau cadangan kepada JIP
- menuntut kos pentadbiran 3% dari jumlah pinjaman ditukar kepada satu nilai tetap yang sama rata tanpa mengira jumlah yang dipinjam.
- memperjuangkan agar tempoh bertenang 6 bulan dipanjangkan sekurang-kurangnya 1 tahun.- menuntut agar pihak PTPTN mematuhi Akta Had Masa pinjaman iaitu enam tahun dan bukan 12 tahun seperti diamalkan sekarang.
- tindakan menyenarai hitam peminjam juga didesak untuk dikaji semula.
6) Dalam isu penukaran pinjaman kepada skim Ujrah pula, JIP mahu syarat-syarat pertukaran dipermudahkan. Syarat yang dikenakan sekarang ini sangat ketat, menyusahkan dan tidak menolong menyelesaikan masalah peminjam yang mempunyai tunggakan dan saman di mahkamah.
"Adalah tidak wajar seseorang yang belum mendapat kerja sudah dibeban dengan hutang PTPTN. Sebab itu kita mahu melihat respon pengguna tentang akta ini sama ada mahu mendesak agar Akta PTPTN 1997 (Akta 566) dimansuhkan atau ada cadangan lain," kata Pengerusi Lajnah Pengguna PAS (LPP), Datuk Mahfuz Omar.
7) Hasil referendum itu akan dibawa kepada kerajaan malah sampai kepada Yang DiPertuan Agong.
Sila layari facebook Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) --> (https://www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP?sk=wall)
Keratan akhbar Kosmo, 21 Sept -- "...kira-kira 50.4% berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian..." ---> (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm)
No comments:
Post a Comment