Lihatlah bagaimana Mus’ab Bin Umair, muqarri’ Madinah yang lebih memilih Islam berbanding keluarganya sendiri. Ia rela berhijrah ke Madinah, menjadi duta Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan risalah Islam di kota tersebut. Mus’ab Bin Umair adalah lelaki yang sangat luar biasa. Ketika zaman jahiliyyah, Mus'ab dikenali sebagai pemuda dambaan kaum wanita. Wajahnya tampan, sesiapaun yang melihatnya akan merasa tenang. Apabila Mus'ab menghadiri sesebuah majlis atau perkumpulan, beliau secara tidak langsung adalah magnet pemikat semua orang terutamanya kaum wanita. Gemerlap pakaiannya dan keramahannya sungguh mempesonakan. Namun sesudah memeluk Islam, sifatnya berubah sama sekali.
Pada suatu hari beliau tampil di hadapan beberapa orang Muslimin yang sedang duduk di sekeliling Rasulullah S.A.W. Apabila mereka memandang Mus’ab, masing-masing menundukkan kepala, sementara beberapa Sahabat matanya berjatuhan titisan air yang membasah kerana duka. Mereka melihat Mus’ab memakai jubah usang yang bertampal–tampal, padahal masih belum hilang dari ingatan mereka – pakaian Mus'ab sebelumnya masuk Islam tidak ubah seperti jutawan Arab. Adapun Rasulullah S.A.W menatapnya dengan pandangan penuh erti, disertai cinta kasih dan syukur dalam hati.
Pada kedua bibirnya tersungging senyuman mulia seraya Baginda bersabda, "Dahulu daku melihat Mus'ab, tidak ada yang mengimbanginya dalam memperoleh kesenangan orang tuanya, kemudia dia meninggalkannya (kemewahan tersebut) demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya". Pada sisi lain, hubungan aqidah juga telah meleburkan kesenjangan bangsa, sebaliknya bertukar menjadi sank saudara. Abu Bakar yang berbangsa Arab, Salman berbangsa Parsi, bila pula dari Ethiopia, manakala Shuhaib berasal dari bangsa Rom. Mereka menjalin ukhuwwah wal mahabbah (persaudaraan dan kasih sayang) yang menembusi batas-batas kesukuan, nasional, kebangsaan, warna kulit, tanah air dan bahasa. Itulah ukhuwah Islamiyyah yang terpancar dari ikatan aqidah.
Mengambil Ibrah Dari Sahabat Rasulullah S.A.W
Dahulu, 2 orang Sahabat Rasulullah S.A.W pernah bertengkar keras. Abu Zar Al Ghiffari R.A menyebut Bilal R.A sebagai anak si hitam. Apabila hal ini diketahui Rasulullah S.A.W, Baginda menegur Abu Zar dengan kemurkaan yang begitu mendalam, sehingga Abu Dzar R.A menyesal bukan kepalang, lalu diletakkan pipinya di latar tanah dan meminta Bilal R.A menginjak wajahnya sepuasnya asalkan Bilal boleh memaafkannya. Pada akhirnya Bilal R.A tidak pernah menginjak wajah Abu Zar, dan hanya memandangnya dengan air mata berkaca lalu memeluk Abu Zar erat-erat.
Lihatlah hal-hal yang kita anggap konyol, tidak perlu, tidak profesional dan tidak matang dilakukan oleh para aktivis gerakan Islam pun pernah berlaku kepada generasi Sahabat Rasulullah S.A.W. Isunya bukan untuk mengiyakan fakta pertengkaran tersebut, tetapi yang utamanya ingin disampaikan di sini ialah apakah ibrah yang lahir dan mampu kita peroleh dari peristiwa tersebut, dan bagaimana Para Sahabat (generasi terbai) inimengatasinya.
Bersaudara tidak seharusnya satu rumah.
Bersaudara bukan soal satu daerah.
Bersaudara bukan bermakna satu Malaysia.
Karena persaudaraan yang benar adalah atas dasar ukhuwwah Islamiyyah.
Kita dipersaudarakan oleh Allah yang kita sembah.
Kita bersaudara kerana Rasulullah S.A.W yang menyampaikan risalah hidayah.
Adakah ada persaudaraan yang lebih indah dari persaudaraan kerana Allah?
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara. Oleh karena itu, damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kita mendapat rahmat" (Al Hujurat:10).
No comments:
Post a Comment