Sunday, October 2, 2011

Kerajaan Gaza Kecam Penempatan Baru di Baitulmuqaddis

Kerajaan Palestin di Gaza mrngutuk keras kelulusan 1100 unit penempatan baru Yahudi di Gilo, Baitulmuqaddis yang merupakan satu langkah yang hadir selepas PLO membuat permintaan sebuah negara Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.

Seorang ahli lembaga perancang yang meluluskan pelan itu menyifatkan keputusan pembinaan itu sebagai “hadiah terbaik untuk tahun baru Yahudi” yang jatuh pada hari Rabu sambil berkata “kita mesti memberitahu dunia bahawa Baitulmuqaddis bukan untuk dijual”.

Kerajaan Palestin di Gaza juga mengulangi dalam satu kenyataan yang diikuti mesyuarat mingguan mengenai penculikan Israel terhadap Attoun Mohammed, ahli parlimen Palestin, menyeru orang-orang Arab dan umat Islam supaya berganding bahu dalam memelihara Baitulmuqaddis dan penduduknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online