Friday, October 28, 2011

Ijtima' Tarbawi: Pemukiman Pemuda Yang Dinanti


Bermula hari ini [ 28 Oktober 2011 – Jumaat - jam 4.30 pm ] hinggalah [ 30 Oktober 2011 ], Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi bakal melakar sejarah menelusuri episod perjuangan Islam di Malaysia, apabila anak – anak muda yang cintakan Islam, sahabat seperjuangan yang rindukan ikatan ukhuwwah Islamiyyah dan pejuang yang perlukan sentuhan tarbiyah ruuhiyah harakiyah dari para murabbinya akan berhimpun dengan penuh “persediaan” untuk ditarbiyah aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka di KUIZM Taman Melewar.

Sekurang – kurangnya ada 3 tumpuan yang perlu diberikan oleh setiap peserta Ijtima’ Tarbawi ini.

Pertama Setiap pengisiannya yang terdiri dari taujihat, amanah, wasiat, kertas kerja, forum dan arahan pimpinan. Antara cara memberi tumpuan ialah dengan rakaman audio, menulis dan menghafaz point – point penting.

Kedua Aktiviti dan amali sepanjang Ijtima’ seperti al mathurat, solat jamaah, qiamulail, munajat, taaruf, makan bersama, rehat bersama dan pelbagai aktiviti yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung mestilah dimanafaatkan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada pengisian yang kita perolehi melalui agenda dan tentatif yang telah disusun.

Ketiga : Ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang program malah ia akan berterusan sepanjang masa perjuangan kita. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Serap sebijak mungkin hikmah dan ibrah [pengajaran] dari ujian dan cabaran yang ditempuh. Lantaran ia adalah suatu anugerah Allah swt yang tidak dapat dibekalkan oleh sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 kelak.

Sama – sama lah kita berdoa agar Ijtima’ Tarbawi 2011 yang bakal berlangsung esok, benar – benar berjaya, bukan sahaja penganjuran aktivitinya tetapi juga menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. Suatu yang saya mahu ialah lahirnya pemuda – pemuda yang :
  • ikhlas berjuang,
  • gigih menunaikan amanah perjuangan,
  • cekal menghadapi rintangan,
  • berjaya mengurus diari gerakkerja
  • menepati piawaian Ansoorullah.


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online