Tuesday, November 22, 2011

Hukum Mengatakan Perundangan Hudud "Out-Of-Date"


Bagaimana Dato' (Dato' Dr. Haron Din) melihat pendapat mereka ini dan apakah hukum Islam terhadap mereka?
Inilah masalah ummah, terutamanya kita di Malaysia yang sering kali tenggelam timbul dalam permasalahan besar ini, yang kadang-kadang diremehkan segelintir daripada kita tanpa memikir kesannya terhadap keimanan kita kepada Allah Taala. Ya, benar saya juga pernah berhadapan dengan mereka yang mengungkapkan kata-kata sedemikian. Pada saya hal ini amat menyayat hati dan meremang bulu roma saya, akibat ketakutan kemurkaan Allah kerana tergamak manusia yang dhaif dan serba kekurangan dalam segala hal, sanggup meremehkan, mencela serta merendah-rendahkan hukum-hukum Allah yang Maha Agung. Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Hukuman-hukuman hudud, adalah hukuman dari Allah yang telah ditetapkan dengan jelas, terang serta nyata dalam Al Quranul karim, menerusi ayat-ayat dalam surah-surah, antaranya berikut :

[1] - Surah al-Baqarah, ayat 187 dan 229.
"...Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. - Surah Al Baqarah:187
"...Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - Surah Al Baqarah:229

[2] - Surah An Nisa', ayat 14.
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. - Surah An Nisa':14

[3] - Surah Al Maidah, ayat 44,45,47,48, 49 dan 50.

[14] - Surah At Taubah, ayat 63.
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar. Surah At Taubah:63.

Banyak lagi dalam surah-surah lain, yang semuanya, atau keseluruhannya menyebut dengan terang mengenai hukuman-hukuman hudud yang wajib dilaksanakan. Ulama-ulama yang muktabartelah berijmak, wajib melaksanakannya. Mengingkari atau menghinanya, rosaklah akidah.
Hukum-hukum Allah selama-lamanya relevan, kerana Allah mencipta hukum-hukum itu dengan ilmunya yang maha luas, mengetahui yang dahulu, sekarang dan akan datang, malah mengetahui zahir dan batin manusia. Allah mengetahui keperluan yang segera dan akan datang, mengetahui keperluan dunia dan kebaikan akhirat. Oleh kerana itu, hukum Allah mengambil kira semuanya. Maka ia tetap relevan sehingga ke akhir zaman.

Itulah ayat Kursi yang kita baca setiap hari. Cumanya kebanyakan kita tidak merenungi mesej yang Allah sampaikan dalam ayat itu. Ia patut sangat direnungi. Siapalah kita yang sanggup meremeh dan merendah-rendahkan hukum Allah? Allah SWT mengingatkan kita bahawa Dia yang mencipta manusia dalam keadaan lemah longlai.

Gaya bahasa yang sering digunakan golongan penentang ini antaranya, 'undang-undang Islam sudah tidak relevan, 'out-of-date' atau ketinggalan zaman, adalah dengan nyata menghina hukum Allah. Pada waktu yang sama golongan ini menjulang tinggi undang-undang ciptaan manusia yang disifatkan mereka sebagai 'up-to-date', kononnya lebih maju dan berdaya saing. Golongan ini ditempelak Allah menerusi firman-Nya (mafhumnya), "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah (ciptaan manusia)? Padahal, kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah". Surah Al Maidah:50

Golongan yang pernah terlanjur kata atau masih termasuk dalam golongan ini, saya menyeru agar anda kembali kepada Allah. Bertaubat nasuha kepada-Nya, seperti yang Allah sarankan menerusi firman-Nya (mafhumnya), "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan". Surah Az Zumar:54
Insaflah wahai saudara yang seagama denganku. Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online