Thursday, November 24, 2011

Israel Menjalankan Pembersihan Etnik di Bumi Palestin


Yang di-Pertua majlis perundangan Palestin Dr Aziz Al-Dweik telah berkata bahawa Israel telah menjalankan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin di tanah-tanah yang diduduki.
Dweik, berkata demikian semasa mesyuarat antara beliau dan beberapa Ahli Parlimen Hamas dengan Duta Afrika Selatan, bercakap mengenai penderitaan rakyat Palestin di Jerusalem yang diduduki serta tanah-tanah lain yang turut diduduki.

Penceramah menerangkan tentang rampasan Israel ke atas tanah dan tahanan rakyat Palestin serta peperangan kemusnahan terhadap mereka. Beliau menyebut secara khjusus penangkapan penggubal undang-undang Palestin, menghalang kehidupan perundangan, penghapusan etnik di Jerusalem yang diduduki, dan pembinaan tembok perkauman, serta pengasingan di Tembok Barat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online