Wednesday, November 9, 2011

Selangor Perkenal Gaji Minima RM1,500... Melaka...???

link-statistik2
Pengumuman telah dibuat sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bahawa gaji minima akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar (gross income) bagi syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide.

Katanya, bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar itu.
Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima.
Pemberian gaji minima ini akan disokong oleh produktiviti pekerja yang akan diselaras agar bersesuaian dengannya,” ujarnya sewaktu membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri.
Jelasnya, ia bertujuan untuk meningkatkan kemuliaan insan dan tidak diberikan secara unilateral.
Beliau berkata, hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah.
Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik.
Maklumat lanjut mengenai Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) - http://mes.selangor.gov.my/
Portal rasmi kerajaan negeri Selangor - http://www.selangor.gov.my/main.php


1 comment:

  1. Melaka?

    "Terpilih" untuk program rintis sekolah ikut 'office hour' dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang..... :(

    Walaupun hanya 9 buah sekolah sebagai percubaan tapi rasa seperti bertambah lagi beban guru. Hmm

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online