Friday, December 16, 2011

Sokong Dulu Usaha PAS Untuk Laksana Islam

Usaha UMNO memainkan isu perpaduan baru-baru ini dan mendakwa PAS tidak mahu kepada perpaduan dibidas kerana ia hanyalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
Demikian tegas Pengerusi Lajnah Keahlian Ulama Pelapis, PAS Pusat, “kalau benar-benar UMNO ikhlas dalam isu perpaduan, mereka boleh menyokong isu-isu agama yang dikemukakan oleh PAS termasuk hudud”.
Dengan kata lain, tidak mesti nak tunggu bergabung dahulu baru dianggap perpaduan untuk orang Melayu. Mereka boleh tunjukkan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan Islam dan hak-hak orang Melayu dengan memberikan sokongan dalam usaha PAS untuk menegakkan Islam di Negara ini termasuk hukum hudud.
Ia bukan sekadar isu politik tetapi ia adalah isu agama yang perlu ditangani secara bersama oleh semua orang Islam, termasuk orang UMNO. Sokongan ini boleh dilakukan tanpa bergabung pun.
Beliau mengeluarkan kenyataannya apabila ditanya tentang usaha UMNO memainkan isu perpaduan. Menurutnya lagi, UMNO perlu tunjukkan keprihatinan mereka dalam isu agama dengan menegur Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menghina hukum hudud baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online