Friday, December 9, 2011

'Stop Lynas' & 'BERSIH 2.0' Diiktiraf Badan Hak Asasi

      

1) Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia memilih Save Malaysia, Stop Lynas dan Jawatamkuasa Kerja Bersih 2.0 sebagai penerima award hak asasi manusia 2011.

2) Save Malaysia, Stop Lynas, sebuah NGO yang dibentuk di Kuantan bagi menentang pembinaan kilang rare earth Lynas di Kuantan. NGO ini telah berjaya memperjuangkan hak-hak rakyat di sekitar Kuantan untuk menentang pembinaan kilang dari Australia yang dipercayai boleh merosak alam sekitar di persekitarannya.

3) Jawatankuasa Kerja Bersih 2.0 pula dipilih atas kejayaannya menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu yang memberikan pelbagai implikasi kepada negara ekoran perhimpunan itu. Antaranya adalah pembentukan jawatankuasa khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya di Malaysia. Jawatankuasa ini telah dikira berjaya dalam tuntutan lapan perkaranya bagi memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online