Thursday, February 9, 2012

Merenung Kejujuran Hud-Hud Dan Ketegasan Nabi Sulaiman A.S




Marilah kita tanamkan visi dan misi kehidupan kita semata-mata mentauhidkan Allah Taala. Elakkan cara berfikir "ia bukan kerja saya", sebaliknya bertindaklah seperti Hud-Hud yang walaupun dia hadir dengan 'lewat'nya, tetapi komitmen-nya, ke-ikhlasannya, kejujurannya dan gerak kerjanya dipertaruhkan semata-mata demi usaha mentauhidkan Allah Taala. 

Kita belajar ilmu untuk mentauhidkan Allah. Kita bekerja untuk mentauhidkan Allah Taala. Kita menceburkan diri dalam dunia politik dan kepartian untuk mentauhidkan Allah Taala, hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun seperti menulis di "wall facebook" dan sebagainya juga demi mentauhidkan Allah Taala. 

Ini kerana, jika anda benar-benar jujur, kesalahan bukanlah ukuran seseorang itu melakukan kederhakaan, tetapi adalah kejayaan yang akan menjadi renungan pada hari 'esok'. Kejujuran adalah sifat para pendokong kemenangan. Hal ini dapat kita pelajari dari kekalahan umat Islam di perang Mu'tah, iaitu ketika ketiga-tiga orang panglima perang yang dilantik Rasulullah S.A.W gugur syahid bernama Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib, dan Abdullah bin Rawahah; Khalid al-Walid mengambil alih tempat ketua tentera, atas permintaan beberapa individu di dalamnya. Khalid Al Walid melihat bilangan tentera Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tentera Rom. Oleh itu, Khalid membuat keputusan membawa tentera pulang ke Madinah. Apabila mereka hampir dengan Madinah, mereka telah disambut taburan tanah daripada orang ramai sambil berkata, "Wahai orang-orang yang melarikan diri. Kamu telah lari daripada medan jihad di jalan Allah".

Lantas Rasulullah S.A.W membela Para Sahabatnya yang jujur, "Mereka bukanlah orang yang melarikan diri tetapi mereka adalah orang yang akan mengulangi peperangan, Insya Allah" [ Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 4/292 ]


Dipetik dari LAMAN TARBAWI



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online