Saturday, March 10, 2012

Berlaku Adil Pada Kawan dan Lawan Politik


Mendapatkan bantuan kebajikan merupakan hak bagi setiap rakyat yang memerlukan tanpa membezakan antara kefahaman politik. Ahli-ahli politik pembangkang juga berhak mendapatkan hak tersebut kerana bangkangan politik merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh undang- undang Malaysia. Sekiranya berlaku ia merupakan kezaliman yang mesti ditentang dan dihentikan.
Tindakan tidak mengagihkan atau menarik bantuan kerajaan kepada yang layak atas tuduhan menyokong pembangkang sekiranya benar berlaku pasti tidak akan berlaku dalam negeri dan negara yang diperintah PAS berasaskan prinsip negara berkebajikan yang berasaskan ihsan, keadilan dan kebajikan.
Teguran terhadap pemerintah tidak boleh menjadi alasan untuk menafikan hak-hak kerakyatan seperti mendapatkan bantuan kebajikan, bantuan pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya.
PAS menerusi Pakatan Rakyat tetap berpegang dengan dua kaedah dalam pentadbiran negara sepertimana yang ditegaskan oleh Islam, iaitu pertamanya hak rakyat untuk membangkang dan tidak bersetuju dengan kerajaan dan keduanya, hak untuk mendapatkan bantuan kebajikan meskipun membangkang dasar- dasar kerajaan.
Allah Taala berfirman bermaksud; Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu semua orang- orang yang menegakkan ( keadilan) bagi Allah lagi saksi- saksi dengan bersikap adil. Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menghalang kamu untuk berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil, itulah yang lebih hampir dengan taqwa." Surah al-Maidah ayat 8.
Justeru, rakyat yang menyokong BN dan UMNO sebelum ini diseru mengalihkan sokongan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 bagi memastikan setiap pihak mendapat keadilan.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online