Tuesday, March 6, 2012

Tentera Israel Melakukan 25 Perlanggaran Hak Terhadap Wartawan Pada Februari


Agensi Berita dan Maklumat Palestin, WAFA, mengeluarkan laporan pada hari Isnin yang lalu merekodkan perlanggaran hak yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap wartawan Palestin pada Februari 2012.
Laporan itu menyatakan bahawa 11 orang wartawan cedera semasa 25 kali perlanggaran hak tersebut berlaku. Kebanyakan mereka yang cedera terkena tembakan tentera gas pemedih mata dan peluru keluli bersalut getah. 11 kes lain yang ditahan dan ditangkap oeleh tentera Israel terhadap para wartawan telah direkodkan oleh WAFA.
WAFA menyatakan dalam laporannya bahawa tentera Israel telah menyerang tiga syarikat Media Palestin pada bulan Februari. Dalam kejadian tersebut tentera Israel menyerbu pejabat WATAN TV, dan TV Pendidikan AL Qudes di Ramallah. Pada 29 Februari kakitangan yang sedang bekerja ditahan, komputer dirampas bersama-sama dengan peralatan penyiaran meninggalkan kedua-dua steses tersebut ‘off-air’.
sumber : IMEMC News

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online