Friday, July 3, 2009

Press Statement oleh DAP & PAS Melaka mengenai serangan ganas Pemuda Umno Melaka

1) Press Statement berlaku pada jam 10.30 pagi di Pejabat DAP, Lorong Pandan... dihadiri oleh 7 org wakil DAP (termasuk 4 org ADUN DAP) & 5 org wakil PAS (Ketua Pemuda PAS Melaka, 3 Exco Pemuda PAS Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil).

2) Pihak Pakatan Rakyat telah sepakat menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan kempen pendaftaran pemilih... Dan juga mengajak pihak Umno juga bertindak sedemikian.

3) Kempen ini akan dijalankan setiap hari... matlamat kempen ini adalah semata-mata untuk meramaikan pengundi pada PRU akan datang... Dan ditegaskan bahawa TIADA SEBARANG PENDAFTARAN AHLI PARTI POLITIK SAMADA DAP @ PAS... Ianya cuma ADA PENDAFTARAN PENGUNDI BARU... yang mana ada surat pengesahan sebagai penolong pendaftar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

4) Pihak PR juga kecewa dengan tindakan pemuda Umno itu... berpolitik sehingga merbahayakan penduduk setempat.


Insyaallah akan disusuli dengan video dari press statement ini. Boleh dilihat dalam blog DPPKBK :Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Majlis Sidang Akhbar Isu Serangan Pemuda UMNO Terhadap Pakatan Rakyat

*** Tindakan samseng UMNO Melaka telah dilihat oleh rakyat semasa Ketua Pemuda PAS Melaka menghantar memorandum kpd Ali Rustam (himpunan mendesak Ali Rustam letak jawatan atas sebab terlibat dalam aktiviti politik wang perhimpunan Umno). Beliau telah dikepung oleh sekumpulan pemuda UMNO & disepak terajang, tapi alhamdulillah ketika itu beliau berada di dalam kereta.

KEBENARAN AKAN MENANG... KEJAHATAN AKAN KECUNDANG...

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online